Monday, April 13, 2009

Minuman kegemaran saya



Ej suka minum air cincau. Sayangnya Ej tidak boleh minum air batu. Ej juga tak boleh minum ABC dan ais krim. Kalau Ej minum juga , Ej akan mendapat batuk. Malang sungguh nasib Ej. Tapi Ej selalu mencuri-curi minum air batu kalau mama dan abah tidak nampak. Hehehehe......

Sunday, April 12, 2009

Makanan kegemaran Ej

Ej suka ikan patin. Ikan patin sedap rasanya. Ikan ini sesuai dimasak gulai tempoyak. Ia juga sedap jika dibakar. Terdapat 4 jenis ikan patin iaitu Patin Muncung, Patin Buah, Patin Lawang, dan Patin Juara. Tak sabar rasanya nak balik ke kampung Tok Wan dan Tok Aki di Ganchong, Pahang. Ikan patin seakan-akan melambai Ej untuk ke sana.

DIRI SAYA

Nama saya Izzat Ridhwan bin Azmon.Nama glamour saya Ej. Saya berasal dari Kampung Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor. Saya berumur 8 tahun.
Ini pantun dua kerat yang saya cipta.
Pandai lawannya 'goblok',
Saya baru belajar buat blog.
Huhu..